STMIK INDRAGIRI Pekanbaru MoU dengan UCYP University Malaysia

KUANTAN – Sekolah Tinggi Manajemen Dan Informatika Komputer indragiri Pekanbaru teken kerjasama (MoU) dengan UCYP University, Malaysia. Rabu, (24/4/2024).Kerjasama ini dilakukan bersamaan dengan Undangan Dari UCYP University.


Sesi menandatangani MoU ini disempurnakan oleh Naib Canselor UCYP University, YH. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti) UCYP University, YBhg. Profesor Madya Dr. Azhar Jaafar Ramli.STMIK Indragiri Pekanbaru diwakili oleh Ketua STMIK Bapak H.Nukhozin S. Hadi,M.P.

Perjanjian ini merupakan tanda komitmen UCYP University dalam memperluaskan rangkaian kerjasama dari segi akademik serta mengukuhkan hubungan strategik bersama institusi pendidikan di peringkat global selain mampu memberi manfaat bagi kedua-dua pihak dalam pembangunan bidang pendidikan dan penyelidikan.

Perjanjian kerjasama ini juga di lihat dapat membuka peluang dalam pelbagai bidang termasuk pertukaran tenaga pengajar dan pelajar, penganjuran kolokium antarabangsa, penyelidikan bersama, serta sesi perkongsian ilmu antara dua negara.Selain Itu UCYP University Juga Menjamu Dengan Majlis Makan Malam MESRA AIDILFITRI di Aqua Crystal Hall,Kampus Utama Universiti UCYP.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *